• Richard Riot Jadi Mangsa Khabar Angin

    Published: Monday, 5 March 2018
    A- A+

    Pelbagai spekulasi dan khabar angin terus 'berarak' kencang ketika ini walaupun tarikh sebenarnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) terus menjadi rahsia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Walapun tarikh sebenar belum diketahui, penyandang kerusi parlimen turut tidak terkecuali daripada terkena tempias khabar angin terutama membabitkan pencalonan.

    Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem antara 'mangsa' khabar angin tidak dicalonkan kembali walaupun belum ada kata putus dibuat kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).

    Menurut Riot sendiri, beliau percaya khabar angin beliau tidak bertanding pada PRU14 bukan daripada penduduk atau SUPP Serian.

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau yang juga Timbalan Presiden SUPP berkata, perkara tersebut cuba ditimbulkan penduduk luar Serian bagi mengelirukan rakyat kawasannya.

    “Saya mahu tahu siapa yang memulakan khabar angin ini, tetapi saya percaya ia memang bukan daripada SUPP Serian kerana mereka berdiri teguh di belakang saya.

    “Saya percaya ini adalah kerja seseorang di luar Serian dan siapa yang memulakan khabar angin itu… kerana apa yang saya tahu, saya akan bertanding,” katanya.

    Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, tiada sebarang masalah berlaku diperingkat akar umbir termasuk membabitkan kerjasama dengan wakil rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri.-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " Richard Riot Jadi Mangsa Khabar Angin "