• Ribuan Tapak Sulaiman Terdampar Di Pantai

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 6 March 2018
    A- A+

    KENT, Britain – Beribu-ribu tapak sulaiman ditemui terdampar di pantai Ramsgate di sini yang dipercayai berlaku selepas haiwan marin tersebut dihanyutkan akibat cuaca sejuk melampau yang dikenali sebagai ‘Raksasa dari Timur’.

    Fenomena luar biasa itu menyebabkan sebahagian besar kawasan pantai berkenaan dilitupi bangkai tapak sulaiman bersama beberapa spesies ikan dan udang kara.

    Seorang jurugambar, Lara Maiklem, 47, bersama dua anak kembarnya cuba menyelamatkan seberapa banyak tapak sulaiman itu dengan mengembalikan haiwan itu ke dalam air laut.

    Maiklem turut berkongsi gambar fenomena tapak sulaiman terdampar di laman Facebook London Mudlark yang mempunyai seramai 30,000 pengikut.

    Menurutnya, tapak sulaiman dipercayai terdampar di Ramsgate hingga ke sejumlah pantai di Broadstairs sejauh kira-kira 3 kilometer. – Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Ribuan Tapak Sulaiman Terdampar Di Pantai "