• Ribuan Lelaki Serbu Hotel

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 7 March 2018
    A- A+

    BEIJING: Gara-gara mahu menarik ramai pengikut di media sosial, seorang wanita di China ditangkap apabila mencetuskan kekecohan selepas menawarkan perkhidmatan seks percuma di sebuah hotel di Sanya, Pulau Hainan.

    Wanita itu menjadi takut apabila kira-kira 3,000 lelaki tidak berhenti-henti datang ke hotel penginapannya, malah ada yang berkumpul di depan hotel sebelum memuat naik status baru di Weibo (Twitter versi China) memberitahu dia hanya bergurau dan merayu orang ramai tidak mencarinya lagi.

    Susulan kekecohan itu, polis menahan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Miss Ye, 19, selepas menerima laporan daripada hotel dan dia disiasat kerana disyaki mengiklankan khidmat pelacuran.

    Daily Mal yang memetik laporan portal berita ifeng.com melaporkan, kejadian berlaku di Teluk Haitang, pulau Hainan, di selatan China.

    Miss Ye dilaporkan memuat naik status pada 1 Mac lalu, berbunyi: “Siapa mahu mendapatkan saya.. untuk seks secara percuma.”

    Dia turut menyatakan nama hotel dan nombor bilik 6316 dalam status berkenaan.

    Tidak lama selepas dia memuat naik status berkenaan, ratusan lelaki datang mengetuk pintu biliknya, manakala ribuan lagi berkumpul di luar hotel.

    Ramai pengguna media sosial turut memuat naik video dan gambar mereka berkumpul di hotel itu serta beratur di bilik 6316.

    Miss Ye yang ketakutan segera memadamkan status berkenaan sebelum meminta bantuan pengawal hotel untuk mengiringnya keluar dan menaiki teksi ke lapangan terbang.

    Polis memberitahu, wanita berasal dari Shanghai itu ditahan di sebuah hotel di Lapangan Terbang Antarabangsa Sanya Phoenix .

    Ketika soal siasat, Miss Yee mengaku dia sengaja memuat naik status itu untuk menarik ramai pengikut di laman sosialnya yang kini ditutup selepas kejadian berkenaan.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Ribuan Lelaki Serbu Hotel "