• Restoran Aliff Syukri Diserbu

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 15 March 2018
    A- A+

    Restoran milik jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri di Kota Damansara diserbu anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana dipercayai meletakkan meja yang menghalang laluan, 8.30 malam ini.

    Jurucakap MBPJ yang dihubungi memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung kejadian itu.

    Aliff Syukri melalui siaran langsung di akaun Facebooknya meluahkan kekecewaan terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu kerana merampas peralatan perniagaan yang diletakkan di laluan berhadapan premis berkenaan.

    Bagaimanapun, Aliff Syukri memberitahu operasi restoran berkenaan berjalan seperti biasa selepas serbuan itu.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Restoran Aliff Syukri Diserbu "