• Reputasi Man City Tercalar

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 8 March 2018
    A- A+


    MANCHESTER, United Kingdom: Manchester City memastikan tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara sebentar tadi, namun tidak memenuhi label selaku pilihan memenangi kejohanan itu apabila mengalami kekalahan mengejut 2-1 di tangan Basel.

    Walaupun hanya tewas buat kali keempat sepanjang musim ini, pendahulu Liga Perdana itu masih mara selepas kemenangan 5-2 secara agregat hasil kerja keras di Switzerland tiga minggu lalu.

    Pengurus City, Pep Guardiola melakukan enam perubahan daripada persembahan penuh dominasi mengatasi Chelsea 1-0 namun masih mengekalkan kelebihan agregat dengan Gabriel Jesus menjaringkan gol hanya selepas lapan minit.

    Bagaimanapun, Mohamed Elyounoussi mendedahkan kelemahan pertahanan City untuk menyamakan kedudukan buat juara Switzerland sembilan minit kemudian sebelum Michael Lang meledak gol kemenangan 19 minit sebelum tamat.

    City secara matematik boleh memenangi Liga Perdana ketika mereka beraksi pada saingan Liga Juara-Juara pada awal April. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Reputasi Man City Tercalar "