• ‘Remuk’ Pilihan Peminat - Zarul Husin

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 13 March 2018
    A- A+


    Mengakui tertekan semasa memilih single baharunya, Remuk, penyanyi, Zarul Husin mengharapkan agar semua peminat muzik tempatan menerima lagu tersebut.

    ZARUL HUSIN berharap para peminat dapat menerima lagu baharunya, Remuk.
    Zarul berkata, dia mengambil masa yang agak lama sebelum memilih Remuk kerana kekangan masa lantaran terlalu sibuk di set penggambaran di samping berdepan dengan jadual persembahan yang cukup padat.

    Malah kata penyanyi berusia 44 tahun ini, dia juga terpaksa membuat pilihan antara tiga lagu bagi mendapatkan karya yang benar-benar mampu menarik hati peminat dan pencinta muzik tempatan.

    “Sebenarnya lagu ini diberi tajuk Pemutar Bicara tetapi saya memberi kuasa undi kepada peminat sama ada kekal dengan tajuk asal atau Remuk. Akhirnya, peminat lebih suka dengan tajuk Remuk.

    “Kalau hendak kata berdebar itu tidak sangat tetapi saya betul-betul teruja sebab ini single solo kedua dan yang pertama selepas tamat Gegar Vaganza. Jadi, `feel’ itu lain macam.

    “Remuk ada kekuatan tersendiri dan kerana itu saya memilihnya. Memang ada beberapa cabaran tetapi saya harap semua peminat suka dan boleh menerima lagu baharu saya ini,” katanya kepada UTUSAN ONLINE.

    Zarul yang juga vokalis kumpulan Umbrella kini sibuk bergelar tenaga pengajar dalam program realiti, Mentor Otai yang bakal bersiaran bermula Ahad ini di TV3. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " ‘Remuk’ Pilihan Peminat - Zarul Husin "