• Remaja Dikhuatiri Lemas Jatuh Di Sungai Baleh

    Reporter: Admin
    Published: Sunday, 4 March 2018
    A- A+

    KAPIT: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas setelah jatuh ke dalam Sungai Baleh di sini hari ini.

    Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi tadi, Nick Hillary Harry, 14, dilaporkan hilang selepas tergelincir sebelum jatuh dari tebing sungai di Nanga Usun, Baleh.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit menerima panggilan melalui talian terus ke balai dari Balai Polis Kapit berkenaan orang hilang di Nanga Usun Baleh.

    Katanya, Bapa mangsa telah membuat laporan berhubung kejadian tersebut di Balai Polis Kapit.

    "Susulan laporan itu, BBP Kapit telah menggerakan aset dan keanggotaan untuk operasi mencari dan menyelamat.

    "Pencariaan awal telah dijalankan namun mangsa masih gagal dijumpai," katanya.

    Jelasnya lagi, perjalanan ke lokasi kejadian melalui sungai memakan masa lebih satu jam.

    Sehingga laporan ini ditulis, pasukan SAR masih belum menjumpai sebarang petunjuk. - Sarawakiana
  • No Comment to " Remaja Dikhuatiri Lemas Jatuh Di Sungai Baleh "