• Remaja Cedera Motosikal Langgar Penghadang Jalan

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 16 March 2018
    A- A+

    SIBU : Seorang remaja lelaki mengalami kecederaan setelah motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan di Ulu Sungai Merah di sini petang tadi.

    Mangsa yang berusia 18 tahun, menunggang motosikal jenis Yamaha melanggar penghadang jalan raya lalu terbabas jatuh ke dalam parit.

    Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.15 petang.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menggerakkan enam anggota dan tiga jentera ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan.

    Menurutnya, setiba dilokasi kejadian pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat stretcher.

    "Mangsa berjaya dikeluarkan, seterusnya di bawa ke hospital menggunakan unit EMRS untuk tindakan selanjutnya," katanya. - Sarawakiana


  • No Comment to " Remaja Cedera Motosikal Langgar Penghadang Jalan "