• Rakyat Sarawak Disaran Bersatu & Terus Menyokong Kerajaan

    Published: Monday, 19 March 2018
    A- A+

    Tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak selama ini lebih fokus kepada rakyat yang memerlukan pembangunan dalam pelbagai aspek agar rakyat yang berbilang kaum dan agama di negeri ini tidak tercicir daripada arus pembangunan seterusnya.

    Kerajaan turut memberi segala kemudahan bagi memudahkan rakyat negeri ini meneruskan hidup dalam situasi yang menyenangkan serta memperuntukkan dana yang besar dalam aspek segala keperluan bantuan yang diperlukan. 

    Golongan petani, nelayan dan sebagainya terus mendapat perhatian kerajaan bagi menjamin masa depan yang baik untuk rakyat keseluruhan.

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengingatkan rakyat supaya tidak mempercayai dakyah pembangkang pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14). 

    Pembangkang hanya menyebar maklumat sembarangan bagi meraih sokongan rakyat negeri ini.

    Sebagai contoh, pembangkang seperti Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen memperlekeh usaha kerajaan mewujudkan Petrolieum Sarawak (PETROS) jelas membuktikan DAP atau pembangkang tidak mahu kemajuan berlaku.

    Sudah pasti akan wujud persepsi negatif terhadap usaha tersebut dalam pelbagai versi supaya rakyat menjadi keliru. Sedangkan kewujudan PETROS akan memberi impak besar ekonomi negeri yang dijangka akan menggembangkan ekonomi ke tahap lebih baik.

    Hal sedemikian memerlukan seluruh rakyat bersatu dan menyokong kerajaan supaya segala dakyah pembangkang yang seakan mensabotaj ekonomi dapat ditangani dengan bijak.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Rakyat Sarawak Disaran Bersatu & Terus Menyokong Kerajaan "