• Rakyat Perlu Terus Bersama BN Pada PRU14

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 13 March 2018
    A- A+

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail berkata, beliau mahu rakyat terus menyokong Barisan Nasional (BN) termasuk masyarakat Cina di Limbang.

    Memetik laporan Utusan Borneo, ini kerana kerajaan BN mempunyai banyak misi membangunkan negara dan mahu kerajaan Malaysia terus dipimpin BN.

    “Kita mahu rakyat terus bersama dalam ‘satu kapal’ dan ‘satu rumah’ dengan kerajaan pusat melalui sokongan tidak berbelah kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

    “PRU14 yang akan diadakan dalam tempoh terdekat merupakan ‘ibu’ kepada segala pilihan raya,” jelasnya.

    Menurutnya, pilihan raya merupakan prosedur dan amalam biasa dalam negara mengamalkan demokrasi berparlimen.

    Beliau yang juga Menteri Muda Pertanian berkata semangat kerjasama diamal rakyat berlainan agama menjadikan negara dan negeri ini terus kuat dan maju.

    Malah, kerajaan memastikan segala kebajikan masyarakat di negeri ini terbela termasuk masyarakat Cina di Limbang agar tidak ketinggalan.

    “Kerajaan mempunyai misi meneruskan segala perancangan bagi membangunkan Limbang kerana daerah ini masih banyak perlu dibangunkan bukan sahaja daripada aspek prasarana asas malah pendidikan dan sebagainya,” ujar beliau. – Sarawakiana

  • No Comment to " Rakyat Perlu Terus Bersama BN Pada PRU14 "