• Rakyat Pelbagai Kaum & Agama Berkongsi Kekayaan Negeri

    Published: Wednesday, 21 March 2018
    A- A+

    Peranan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak begitu besar terhadap seluruh rakyat negeri yang berbilang kaum dan agama.

    Bertunjangkan keadilan kepada semua kaum bukan sahaja ideal, tetapi ia satu-satu cara untuk memastikan Sarawak mempunyai masa depan yang cerah.

    Kepimpinan BN negeri yang terdiri daripada pemimpin yang berbilang kaum dan agama boleh bersama-sama memainkan peranan memajukan negeri di samping mencegah perpecahan berlaku yang cuba dignggu gugat oleh anasir luar.

    Dalam Al Quran turut menyentuh serta mengingatkan masyarakat Islam agar berbuat baik serta bersikap saksama terhadap masyarakat termasuk masyarakat bukan Islam.

    Dalam konteks ini, orang Melayu tidak boleh hidup dalam kalangan mereka sahaja, orang Iban tidak boleh menyisihkan diri daripada masyarakat majmuk. Begitu juga masyarakat Cina, Bidayuh, Orang Ulu dan sebaginya.

    Signifikannya, manusia amat memerlukan orgnisasi atau kesatuan yang diterjemahkan dalam bentuk al-Madinah yang bermaksud kota dan al-Umran yang bermaksud peradaban atau bertamadun. Sebaliknya, apa sahaja perancangan pembangunan yang berasaskan pertimbangan perkauman memang hakiki tidak relevan bahkan menjadi penghalang kemajuan masa depan.

    Justeru rasionalnya kerajaan BN membentuk dasar yang seimbang kepada rakyat negeri yang Islam dan bukan Islam.

     Faktor kepimpinan memberi pembangunan yang adil kepada rakyat berbilang kaum dan agama akan mempermudahkan pelaksanaan pembangunan serta berkongsi kekayaan bersama.

    Subjects:

  • No Comment to " Rakyat Pelbagai Kaum & Agama Berkongsi Kekayaan Negeri "