• Rakyat Indonesia Dipenjara Jika Kritik Ahli Politik

    Published: Friday, 16 March 2018
    A- A+

    JAKARTA: Rakyat Indonesia boleh dipenjarakan sekiranya mengkritik ahli politik negara itu di bawah satu undang-undang baharu yang berkuatkuasa semalam.

    Pengkritik menyifatkan langkah ke mundur ke belakang bagi negara demokrasi ketiga terbesar dunia itu.

    Rang undang-undang yang dirangka secara tidak jelas itu diluluskan pada bulan lalu setelah mendapat persetujuan 560 kerusi.

    Bagaimanapun, Presiden Joko Widodo tidak mahu meluluskan undang-undang kontroversi itu.

    Meskipun tidak bersetuju, beliau tidak mempunyai kuasa veto meskipun boleh dicabar di Mahkamah Perlembagaan

    Undang-undang digelar ‘MD3’ itu membolehkan mana-mana individu yang tidak menghormati Parlimen atau ahlinya didakwa tetapi namun tidak menetapkan hukuman penjara minimum atau maksimum. -AFP



    Subjects:

  • No Comment to " Rakyat Indonesia Dipenjara Jika Kritik Ahli Politik "