• Qatar tuduh Bahrain ceroboh ruang udara

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 28 March 2018
    A- A+

    DUBAI: Qatar menuduh jet pejuang Bahrain menceroboh ruang udaranya dan melaporkannya kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata agensi berita rasmi QNA hari ini.

    Namun tiada perincian mengenai insiden yang berlaku pada Ahad lalu itu hanya dakwaan bahawa ia adalah 'pelanggaran serius undang-undang antarabangsa secara terang-terangan.'

    Isnin lalu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan pihak berkuasa penerbangan awam Bahrain berkata dua pesawat perang Qatar dipandu secara berbahaya berhampiran dua pesawat awam dari UAE ketika berada di ruang udara Bahrain.

    Aduan itu akan diserahkan kepada Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), agensi penerbangan PBB.

    Qatar menafikan dakwaan itu dalam satu kenyataan oleh pihak berkuasa penerbangan awamnya yang mengatakan bahawa UAE cuba menutup kesalahan sendiri ketika menceroboh ruang udara negara itu.

    UAE, Arab Saudi, Bahrain dan Mesir, mengenakan sekatan perjalanan, diplomatik dan perdagangan ke atas Qatar sejak Jun lalu, selepas menuduhnya menyokong Iran serta pelampau Islam. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Qatar tuduh Bahrain ceroboh ruang udara "