• Putin Nafi Terbabit Racun Bekas Pengintip

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 19 March 2018
    A- A+


    MOSCOW: Presiden Vladimir Putin, semalam menyangkal dakwaaan Russia meracun bekas pengintipnya di Britain, ketika pakar senjata kimia antarabangsa menuju ke United Kingdom untuk menyiasat serangan itu.

    "Langsung tidak masuk akal seseorang do Russia membenarkan diri sendiri melakukan perkara itu menjelang pilihan raya dan Piala Dunia.

    "Kami sudah musnahkan semua senjata kimia," kata Putin kepada penyokongnya selepas menang pilihan raya.

    Beliau menolak dakwaan Britain bahawa cuma Moscow mendalangi serangan ejen saraf ke atas bekas ejen dua muka, Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia.

    Kes keracunan di bandar raya Salisbury pada 4 Mac lalu membawa kepada krisis diplomatik, dengan Britain mengusir 23 diplomat Kremlin.

    Pakar teknikal Pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia (OPCW) mengunjungi Britain hari ini untuk mendapatkan contoh ejen saraf yang digunakan dalam serangan itu.

    "Ia kemudian akan dihantar ke makmal antarabangsa reputasi tinggi yang dipilih OPCW untuk ujian dengan keputusan dijangka mengambil masa dua minggu," menurut kenyataan Kementerian Luar Britain.

    Putin berkata, Russia sedia mengambil bahagian dalam siasatan itu, walaupun semalam Menteri Luar Britain, Boris Johnson, menuduh Russia 'menyindir dan menafikan' dalam reaksi kepada tuduhan itu. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Putin Nafi Terbabit Racun Bekas Pengintip "