• Pusat Tahfiz Perlu Tingkat Komitmen Bagi Lahir Huffaz Berkualiti

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 19 March 2018
    A- A+

    KUCHING: Menteri Muda Utiliti Dr Abdul Rahman Junaidi menggesa pengusaha dan pengurusan pusat tahfiz di negeri ini berusaha meningkatkan komitmen dalam usaha melahirkan huffaz seperti keluaran pusat tahfiz luar negara.

    Beliau berkata, Majlis Islam Sarawak (MIS) menerusi Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) akan terus menyokong dan bersama-sama pusat tahfiz dalam menjalankan aktiviti bagi menggembangkan syiar Islam.

    "Kita perlu bersama menggembleng tenaga dalam menggerakkan syiar Islam di Sarawak," katanya ketika berucap merasmikan Pertandingan Hafazan Peringkat Negeri Sarawak anjuran Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) Cawangan Sarawak di sini, malam tadi.


    Pada majlis tersebut, Dr Abdul Rahman Junaidi turut menyumbangkan RM20,000 kepada PINTA Sarawak untuk menguruskan dan menjalankan aktiviti akan datang.

    Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menjelaskan, dalam keadaan dunia sekarang yang penuh bercelaru dan menghadapi krisis nilai serta akhlak, kerajaan menyedari langkah segera dan lebih proaktif perlu diambil.

    "Usaha ini penting untuk memberi penekanan pendidikan agama kerana ia membawa impak yang lebih besar kepada pembangunan modal insan," ujarnya.-Sarawakiana




  • No Comment to " Pusat Tahfiz Perlu Tingkat Komitmen Bagi Lahir Huffaz Berkualiti "