• PRU14: Wanita PBB Yakin BN Di Sarawak Menang Besar

    Published: Tuesday, 20 March 2018
    A- A+

    Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Dato Sri Fatimah Abdullah yakin Barisan Nasional (BN) Sarawak mampu melakar majoriti besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Beliau berkata, kesemua pasti komponen BN di Sarawak pada masa ini sudah pasti cukup bersedia untuk menghadapi pembangkang.

    Malah menurutnya, semua wakil rakyat wanita di negeri ini sentiasa bekerja keras dan bersedia berkhidmat kepada rakyat.

    "Saya yakin dengan rekod yang baik, semua wakil rakyat wanita di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen dapat memenangi hati rakyat Sarawak," katanya.

    Selain itu katanya, hubungan baik antara Wanita PBB dan parti komponen BN yang lain membolehkan BN Sarawak merampas beberapa kerusi daripada pembangkang.

    Fatimah menjelaskan, Wanita PBB juga sudah turun padang berjumpa ahli dan pemimpin akar umbi secara berterusan.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " PRU14: Wanita PBB Yakin BN Di Sarawak Menang Besar "