• PRU14: Pemuda UPP Berjanji Sokong Semua Calon BN

    Published: Monday, 19 March 2018
    A- A+

    Parti Rakyat Bersatu (UPP) berjanji untuk terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada semua calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    Sokongan tersebut diberikan Jawatankuasa Pemuda Pusat UPP menerusi setiausahanya, Yap Min Su.

    Yap berkata, pihaknya percaya sokongan padu tersebut penting sebagai asas perpaduan dan kemajuan negeri serta negara.

    "Kita akan memastikan setiap calon BN menerima sokongan tidak berbelah bahagi sekaligus memastikan BN menang besar," katanya seperti dilaporkan The Borneo Post.

    Beliau menjelaskan, jawatankuasa tersebut turut bersatu menyokong presiden parti Dato Sri Wong Soon Koh mengetuai parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengetuai pertarungan menentang pembangkang pada pilihan raya akan datang.

    Mereka turut menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mentadbir negeri ini.

    Sementara itu, Ketua Pemuda UPP Dr Johnical Rayong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili berkata, sayap tersebut kini mempunyai 30,000 ahli seluruh negeri dengan 7,000 di Engkilili dan 1,400 di Batang Ai.-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " PRU14: Pemuda UPP Berjanji Sokong Semua Calon BN "