• PRU-14: Najib Masih Berteka-Teki

    Published: Monday, 5 March 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Seperti tahu apa yang sedang bermain di fikiran para wartawan yang memenuhi ruang legar Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat bergurau dengan wartawan mengenai teka-teki berkenaan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

    Najib yang sedang berjalan keluar dari dewan tersebut untuk menuju ke kenderaan beliau sempat berhenti sebentar sambil bertanya kepada para wartawan bila tarikh untuk diadakan pilihan raya.

    “Bila nak pilihan raya? Nak umum apa pula hari ini,” soal beliau sambil tersenyum kepada para wartawan yang di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " PRU-14: Najib Masih Berteka-Teki "