• PRU-14 : Cuti Penjawat Awam Tidak Dibekukan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 9 March 2018
    A- A+

    KUANTAN - Cuti penjawat awam seluruh negara tidak akan dibekukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kecuali organisasi yang terlibat secara langsung seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, mereka boleh menikmati hujung minggu seperti biasa berikutan pihaknya tidak membuat sebarang ketetapan berhubung pembekuan cuti.

    “Terpulang kepada bos (ketua perkhidmatan) masing-masing termasuk untuk memberi kelulusan cuti tahunan atau ke luar negara.

    “Pada masa sama, tertakluk kepada jenis perkhidmatan dan tanggungjawab seperti SPR atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memang bertugas ketika itu (pilihan raya). Setiap ketua organisasi bijak dalam membuat keputusan,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jangkauan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Jabatan Perkhidmatan Awam Zon Timur 2018 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " PRU-14 : Cuti Penjawat Awam Tidak Dibekukan "