• Projek Naiktaraf Lapangan Terbang Miri Dijangka Siap Menjelang 2019

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 7 March 2018
    A- A+


    MIRI: Projek menaik taraf Lapangan Terbang Miri (LTM) dijangka siap menjelang akhir 2019.

    Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata projek berkenaan kelak bakal menampung sehingga tiga juta penumpang dalam masa setahun dan sekali gus membolehkannya memberi perkhidmatan lebih selesa kepada penumpang domestik mahupun antarabangsa.

    Menurutnya, projek menaik taraf tersebut termasuk ruang balai berlepas berasingan (untuk domestik dan antarabangsa) dengan lebih banyak kaunter pelepasan imigresen, pintu masuk ketibaan berasingan dan laluan lebih dekat untuk Perkhidmatan Penerbangan Luar Bandar (RAS) serta kemudahan lain antaranya menambah lebih banyak lot parkir kereta.

    Jelas Lim, projek menaik taraf LTM dilaksanakan bagi memenuhi pelan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang optimis mengoptimumkan fungsi lapangan terbang tersebut bagi menampung permintaan disatu jangka masa panjang.-Sarawakiana
  • No Comment to " Projek Naiktaraf Lapangan Terbang Miri Dijangka Siap Menjelang 2019 "