• Wan Junaidi 'Wira' Golongan Miskin Parlimen Santubong

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Sunday, 11 March 2018
    A- A+

    KUCHING: Masa panjang yang diambil untuk rakyat mendapatkan bantuan rumah mesra rakyat (RMR) dan rumah program perumahan rakyat termiskin (PPRT) membuatkan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Santubong mewujudkan Projek Rumah Ihsan Wan Junaidi (PRIWJ) yang bermula sejak 2015.

    Projek yang merupakan inisiatif sendiri Ahli Parlimen Satubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar itu adalah untuk membantu golongan miskin di kalangan penduduk kawasan Parlimen P193 Santubong.

    Setakat ini sebanyak 18 rumah PRIWJ siap dibina manakala 18 rumah lagi akan dibina dan kesemua penerima sudah dikenalpasti.

    Kos pembinaan untuk seunit rumah PRIWJ berjumlah RM70,000 dengan dilengkapi perabot menerusi dana yang disumbangman syarikat swasta yang dipohon Pusat Khidmat Parlimen Santubong.

    Ketika measmikan PRIWJ di Kampung Panglima Seman Ulu sebentar tadi Wan Junaidi berkata, ia merupakan satu-satunya program dilaksanakan sama ada oleh ahli parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

    "Tidak semua pusat khidmat mendapat sumbangan seperti ini kerana ia perlu melalui beberapa syarat termasuk mengikut standard ISO seperti ditetapkan pihak korporat," katanya.

    Menurutnya, pemilihan pemohon adalah berlandaskan kepada ketidakmampuan untuk membina rumah sendiri.



    Sementara itu, seorang ibu tunggal Aminah Mohd Kancil,53, ternyata gembira selepas dipilih menerima rumah tersebut.

    "Saya sangat gembira dan tidak menyangka akan menerima rumah ini," jelasnya.

    Aminah menjelaskan, dia mengetahui mengenai rumah tersebut selepas disuruh memohon memandangkan rumah kediaman yang didiami bersama dua anaknya agak usang.-Sarawakiana
  • No Comment to " Wan Junaidi 'Wira' Golongan Miskin Parlimen Santubong "