• Presiden Myanmar U Htin Kyaw letak jawatan

    Published: Wednesday, 21 March 2018
    A- A+
    YANGON - Presiden Myanmar, U Htin Kyaw, telah meletak jawatan dan memberi alasan berbuat demikian untuk berehat, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan rasmi yang dikeluarkan Pejabat Presiden hari ini.

    Jawatan presiden yang kosong itu perlu diisi dalam tempoh tujuh hari mengikut perlembagaan negara, kata Ketua Pengarah Pejabat Presiden, U Zaw Htay.

    U Htin Kyaw, yang berusia 72 tahun, dipilih sebagai Presiden Myanmar pada 2016. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Presiden Myanmar U Htin Kyaw letak jawatan "