• Potret 'Mona Lisa Afrika' Dijual Pada RM6.4j

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 2 March 2018
    A- A+


    LONDON - Sebuah potret puteri Nigeria yang mendapat gelaran 'Mona Lisa Afrika' dijual pada harga 1.2 juta pound (RM6.4 juta) dalam sesi lelongan di London, kelmarin.

    Terdahulu, anggaran awal harga lukisan Adetutu 'Tutu' Ademiluyi dihasilkan artis dari Abuja, Ben Enwonwu pada 1974 itu adalah 300,000 pound (RM1.6 juta)

    "Potret puteri diraja Ife itu adalah ikon negara Nigeria dan kepentingan budaya yang besar," kata Pengarah Seni Moden Afrika, Giles Peppiatt.

    Beliau menemui hasil seni itu selepas sebuah keluarga di utara London menghubunginya untuk memaklumkan tentang jualan hasil seni Nigeria dalam sebuah sesi lelongan.

    Jelas Peppiatt, keluarga terbabit terkejut selepas mendapati ia adalah 'lukisan agung yang hilang'.

    "Ia adalah sangat mengujakan untuk menjadi sebahagian daripada penemuan lukisan 'Mona Lisa Afrika' dan penjualan hasil seni luar biasa tersebut," ujarnya lagi. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Potret 'Mona Lisa Afrika' Dijual Pada RM6.4j "