• Pornografi: Rakyat Malaysia kena cekup pihak berkuasa Australia

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 26 March 2018
    A- A+


    LELAKI rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Australia di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne selepas didapati membawa bahan pornografi dalam bentuk gambar dan video kanak-kanak, Khamis lalu.

    Pasukan Sempadan Australia (ABF) dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, bahan pornografi berkenaan ditemui selepas pegawainya membuat pemeriksaan ke atas barangan milik suspek berusia 27 tahun itu ketika sampai di lapangan terbang terbabit dari Kuala Lumpur.

    "Kita menemui lebih 900 gambar dan video berkaitan eksploitasi seks kanak-kanak tersimpan dalam komputer riba dan telefon bimbitnya.

    "Lelaki berkenaan didakwa mengikut undang-undang Mengimport Tahap 2 Bahan Eksploitasi Kanak-kanak mengikut Seksyen 233BAB (5) Akta Kastam 1901," kata kenyataan itu.

    Menurut kenyataan itu lagi, suspek yang direman sehingga 29 Jun depan akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Melbourne dalam masa terdekat.

    Bagi individu yang didapati bersalah mengimport atau mengeksport bahan eksploitasi anak berdepan dengan hukuman penalti maksimum AUD180,000 (kira-kira RM542,990) atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya.-hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " Pornografi: Rakyat Malaysia kena cekup pihak berkuasa Australia "