• Politik Wang Amalan Tidak Baik Dalam Politik - Abang Johari

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 12 March 2018
    A- A+

    KUCHING: Politik wang adalah satu amalan yang tidak baik dalam politik tegas Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

    Menurut beliau, ianya boleh merosakkan sesebuah parti.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Abang Johari turut mengingatkan ahli-ahli parti supaya tidak terlibat dengan politik wang.

    “Saya masih ingat pesanan Tun Taib, ‘Jangan banyak gilak (terlalu) wang. Bila banyak gilak wang, politik wang akan masuk dan tidak baik kepada politik’.

    “Soal wang jangan disebut dalam politik kerana ia boleh dijadikan bahan politik yang berbahaya untuk parti,” katanya . – Sarawakiana
  • No Comment to " Politik Wang Amalan Tidak Baik Dalam Politik - Abang Johari "