• Polis tumpas kumpulan curi lori dan pecah rumah di Bintulu

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 16 March 2018
    A- A+

    BINTULU, 16 Mac (Bernama) -- Polis Bintulu menahan tiga lelaki yang dipercayai mencuri lori serta terlibat dalam kegiatan pecah rumah dalam operasi di kawasan ladang jalan pesisir Bintulu-Miri tengah malam tadi.

    Ketua Polis Bintulu Supt Zulkipli Suhaili berkata suspek warga tempatan berusia 20 hingga 31 tahun itu dipercayai mencuri sebuah lori di kawasan Samalaju yang dilaporkan hilang empat hari lalu.

    "Ketika serbuan kira-kira 12.30 tengah malam itu, suspek sedang cuba menghidupkan enjin lori tetapi berjaya dihalang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata polis turut merampas dua kenderaan lain yang ada di lokasi itu selain televisyen, komputer riba dan tablet yang dipercayai hasil kegatan pecah rumah suspek di kawasan Sebauh.

    "Ketiga-tiga suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Bintulu dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan,"katanya. -- BERNAMA
  • No Comment to " Polis tumpas kumpulan curi lori dan pecah rumah di Bintulu "