• Polis Tubuh Unit Khas : Pantau Provokasi Laman Sosial Menjelang PRU14

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Friday, 2 March 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Satu unit khas akan diwujudkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memantau sebarang elemen provokasi di laman sosial menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) PDRM, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, unit khas itu juga akan bertanggungjawab mengesan dan menganalisis elemen provokasi tersebut agar pelakunya dapat diambil tindakan.

    “Semua elemen provokasi yang melanggar undang-undang terutama yang mampu mencetuskan suasana tidak terkawal dan menggugat keselamatan awam kita akan ambil tindakan,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Latihan Amal ‘EX-UNDI PRU 14’ siri kedua di sini hari ini.

    - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Polis Tubuh Unit Khas : Pantau Provokasi Laman Sosial Menjelang PRU14 "