• Polis sudah hubungi peguam baharu Datin dera amah

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 23 March 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR 23 Mac - Peguam baharu wanita bergelar Datin yang gagal hadir ke mahkamah bagi proses semakan hukuman berjaya dikesan polis hari ini.

    Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya bagaimanapun masih belum menyerahkan notis yang dikeluarkan daripada pihak mahkamah kepada peguam tersebut.

    “Kita sudah berurusan dengan peguam baharunya dan akan menyerahkan notis yang dikeluarkan kepada pihak polis oleh mahkamah dalam masa terdekat.

    “Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah mengesahkan sama ada individu tersebut bergelar Datin mahupun Datuk,” katanya ketika dihubungi di sini.

    Sebelum ini, permohonan semakan terhadap hukuman bon berkelakuan baik ke atas Datin Rozita Mohamad Ali yang mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas pembantu rumah warga Indonesia didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam, kelmarin.

    Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam terpaksa menetapkan semula tarikh semakan hukuman ke atas Rozita selepas dia bersama seorang penjamin gagal hadir ke mahkamah bagi proses terbabit. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Polis sudah hubungi peguam baharu Datin dera amah "