• Polis Sarawak Rampas RM39,436, 54 Tahi Judi Ditahan

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 5 March 2018
    A- A+
    Foto ihsan PDRM
    KUCHING: Dalam usaha memerangi perjudian haram, Polis Sarawak terus menggempur sarang perjudian haram tanpa lesen sekitar negeri ini dan berjaya merampas RM39,436 wang tunai serta menahan seramai 54 ‘tahi judi’.

    Dalam 47 serbuan berasingan dijalankan sepanjang minggu lalu, polis menahan kaki judi berusia lingkungan 19 hingga 64 tahun dan lima diantaranya merupakan warganegara asing.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dato Dev Kumar berkata, kesemua serbuan yang dijalankan bermula 26 Februari lali sehingga 4 Mac.

    “Sebanyak 26 operasi telah dijalankan di premis penjualan loteri haram, manakala selebihnya serbuan terhadap pusat judi siber.

    "Hasil serbuan itu, polis telah merampas pelbagai peralatan seperti telefon bimbit, mesin cetak mudah alih, kalkulator, slip pertaruhan serta peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk melakukan aktiviti jenayah berkenaan.

    "Dalam masa sama, polis turut merampas wang tunai sebanyak RM39,436 disyaki hasil kegiatan haram tersebut," katanya menerusi satu kenyataan media di sini hari ini.

    Menjelas lanjut, Dev memberitahu kesemua serbuan itu dilaksanakan di beberapa daerah di negeri ini antaranya Sarikei, Lubok Antu, Bintulu, Miri, Kota Samarahan, Sibu,Bau, Serian, Mukah, Marudi, Betong, Meradong dan Kuching.

    Kesemua individu yang ditahan akan menjalani siasatan lanjut mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.-Sarawakiana

    Foto ihsan PDRM

  • No Comment to " Polis Sarawak Rampas RM39,436, 54 Tahi Judi Ditahan "