• Polis cari suspek kes bunuh lelaki Nepal

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 26 March 2018
    A- A+


    Polis mencari seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki warganegara Nepal dalam satu kejadian di tingkat atas sebuah restoran di Seksyen 8 di sini semalam.

    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, polis mencari lelaki warganegara Bangladesh itu yang dikenali sebagai Nur Jamal bagi membantu siasatan.


    “Alamat terakhir lelaki tersebut adalah di tingkat atas restoran itu dan dia dipercayai berada di dalam bilik bersama mangsa semasa kejadian tersebut.

    “Polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan suspek dan kes tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superitendan Farouq Fakhzan di talian 03-7966 2222 atau mana-mana balai berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Polis cari suspek kes bunuh lelaki Nepal "