• Polis Brunei Yang Saman Namun Calon PKR Petra Jaya Salahkan BN

    Published: Tuesday, 20 March 2018
    A- A+

    Belum pun semboyan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ditiupkan, pembangkang yang semakin ketandusan idea dan strategi untuk bertempur dengan Barisan Nasional (BN) terus melakukan tuduhan melulu tanpa usul periksa.

    Baru-baru ini, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk kawasan Parlimen Petra Jaya Datuk Dr Nor Irwan Ahmat Nor menerusi akaun Facebook peribadinya yang menggunakan nama Nor Irwan Ahmat Nor melakukan kesilapan besar.

    Irwan memuatnaik komen menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi saman yang dikenakan kerajaan Brunei Darussalam terhadap rakyat Sarawak.


    "BN dah sikda duit...rakyat jd mangsa (BN sudah tiada duit...rakyat jadi mangsa," katanya.

    Terdahulu seorang pengguna Facebook memuatnaik posting 'Asal limpas knk saman. Asal limpas knk saman Adoi. x lamak berjual gg palsu aku tok. kay bayar saman...awas ktk orang sarawak..Sbelom limpas tinted ia bukak dlk.mcmney kita tok..Kereta tinted dr kilang pun kenak saman juak..,".

    Pengguna tersebut dipercayai dikenakan saman oleh Pasukan Polis Diraja Brunei atas kesalahan 'tinted' pada cermin kenderaan.

    Irwan sepatutnya lebih berhati-hati ketika membuat sebarang komen kerana saman tersebut bukan dikeluarkan BN.

    Calon PKR tersebut berdepan tugas sukar di Parlimen Petra Jaya kerana berkemungkinan besar menentang penyandang kerusi Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Kerja Raya.

    Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Fadillah menang dengan majoriti 21,443 undi menentang wakil PKR Ahmad Nazib Johari.-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " Polis Brunei Yang Saman Namun Calon PKR Petra Jaya Salahkan BN "