• PM Najib Lancar Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 14 March 2018
    A- A+

    PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan konvoi Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 (JBP 2018) untuk mencari, mengenal dan membantu 200,000 pelajar Bumiputera lepasan SPM Tahun 2013-2017 bagi melanjutkan pengajian di institusi pendidikan dan kemahiran tinggi termasuk universiti awam.

    Perdana Menteri melepaskan konvoi anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dan Gerakan Pendidikan Bumiputera Malaysia dengan kerjasama Gerakan Belia 4B itu di perkarangan Pejabat Perdana Menteri yang melibatkan 100 sekretariat pemimpin muda dan pemimpin pelajar untuk menjelajah ke 28 lokasi utama di 92 kawasan Parlimen.

    Konvoi itu melibatkan sebuah bas, enam buah kenderaan pacuan empat roda, dua buah van dan kenderaan pelbagai guna.

    Konvoi itu akan tiba di destinasi pertama di Bagan Datuk, Perak pada 24 Mac dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan merasmikan JBP itu di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk.

    Siri jelajah JBP 2018 akan tamat di Sarawak pada 1 Mei. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " PM Najib Lancar Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 "