• Piza Delivery Terbesar

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 6 March 2018
    A- A+

    MICHIGAN - AMERIKA SYARIKAT. Beberapa chef berbakat di Michigan telah menghasilkan piza delivery terbesar di dunia dengan menggunakan 19 kilogram (kg) doh berukuran 1.8 x 1.8 meter (m).

    Pesanan piza gergasi tersebut dihantar ke sebuah restoran milik jabatan bomba di Southgate menggunakan lori pikap.

    Pekerja di Mallie's Sports Grill & Bar kini menunggu pengesahan rasmi dari Rekod Dunia Guinness.

    Rekod piza delivery terbesar sebelum ini adalah berukuran 1.4 x 1.4 m.

    "Saiz piza kami adalah lebih besar. Jadi, kami yakin dapat mencipta rekod baharu dan memperoleh sijil itu dalam tempoh beberapa minggu lagi," kata jurucakap restoran terbabit.

    Rekod piza terbesar seberat 12,193 kg dengan diameter lebih 37 m pernah dicipta di Afrika Selatan pada 1990. - The Sun/Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Piza Delivery Terbesar "