• PH Hanya Perjuangkan Politik Kemaruk Kuasa

    Published: Tuesday, 20 March 2018
    A- A+


    Pakatan Harapan (PH) merupakan parti pembangkang Malaysia yang tidak mempunyai hala tuju sebenar dalam pentadbiran negara. Sering berubah tindakan dan tidak menepati seperti apa yang tercatat dalam manifesto. Sebagaimana contoh penguasaan pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang. Urustadbir negeri tidak diurus dengan baik sehingga rakyat menerima bebanan akibat keputusan kepimpinan yang tidak menyebelahi rakyat.

    Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) semakin hampir, keadaan kepimpinan PH tidak tentu arah kerana berbagai keputusan dalam kepimpinan tidak dipersetujui oleh ahli.

    Kecelaruan berlaku dan jalan penyelesaian semakin kabur. Manifesto baru diumumkan dan masih dengan manifesto kitar semula yang tidak pernah tertunai sepertimana penguasaan PH di negeri yang dikuasai.

    Turut didapati manifesto tersebut akan membeban negara dengan hutang meningkat, justeru tidak mustahil rakyat turut terbeban. Manifesto tidak holistik dan hanya bersikap populis untuk membuat rakyat teruja tetapi kosong dan tidak berimpak jika dilaksanakan.

    PH hanya memiliki senjata politik untuk popular pada PRU14. Namun kesan daripada apa yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang menyedarkan rakyat negara ini betapa susahnya rakyat di bawah pentadbiran PH.

    Ini yang menyebabkan kepimpinan tertinggi PH semakin tertekan untuk mencari sokongan rakyat sehingga Tun Mahathir membuat kenyataan yang PH tidak kisah pada masa hadapan tetapi PH mahukan ia sekarang.

     Terbukti jelas PH hanya kemaruk hendak berkuasa tanpa mengira apa jua keadaan sehingga bertindak diluar batas demokrasi dengan melancarkan kempen jatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Pada masa sama tindakan tersebut merupakan tindakan mengkhianat pilihan rakyat yang selama ini menghormati sistem demokrasi beperlembagaan negara.

    Subjects:

  • No Comment to " PH Hanya Perjuangkan Politik Kemaruk Kuasa "