• Pesawat Terhempas Di Kathmandu

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 13 March 2018
    A- A+

    Pesawat penumpang terhempas ketika cuba mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kathmandu, hari ini kata pegawai.

    Pesawat milik syarikat US-Bangla Airlines itu dilaporkan terbakar dan pasukan penyelamat sedang berusaha memadamkan kebakaran.

    “Kami dalam proses memadamkan kebakaran dan menyelamatkan penumpang,’ kata jurucakap lapangan terbang, Prem Nath Thakur kepada AFP.

    Menurut laporan BBC, pesawat berkenaan membawa 67 hingga 78 penumpang.

    Beberapa media melaporkan, ramai penumpang maut dalam kejadian itu dan sebilangan lagi cedera.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Pesawat Terhempas Di Kathmandu "