• Perlekeh jenama telefon pintar, tindakan tidak matang - Janna Nick

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 27 March 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Pelakon popular, Janna Nick menganggap insiden memperlekehkan jenama telefon pintar oleh seorang selebriti media sosial baru-baru ini dianggap sebagai jenaka tidak matang dan bersifat kanak-kanak.

    Janna, 23, turut berpendapat setiap individu mempunyai cita rasa tersendiri dan ia seharusnya tidak perlu diperbesarkan terutama memperbandingkan jenama keluaran dari negara Asia dan antarabangsa.

    "Itu hanya tindakan budak sekolah yang kurang matang dan tidak dinafikan saya juga seperti itu dahulu. Tetapi apabila dewasa, masing-masing memahami akan perkara itu.

    "Secara peribadi saya amat mementingkan fungsi kelajuran peranti dan mempunyai saiz skrin yang besar kerana ia akan memudahkan kerja tanpa mementingkan jenama," ujarnya ketika ditemui di majlis Pelancaran Vivo V9 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

    Dalam pada itu, pelakon drama rantaian Dia berkenaan juga berpendapat isu tersebut tidak perlu diperbesarkan kerana pandangan yang diberikan bersifat peribadi. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Perlekeh jenama telefon pintar, tindakan tidak matang - Janna Nick "