• Penyatuan UPP, SUPP Semakin Positif

    Published: Monday, 5 March 2018
    A- A+

    Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dato Sri Wong Soon Koh menegaskan proses penyatuan bersama Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kini masih di peringkat perbincangan pemimpin tertinggi dua parti berkenaan.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Wong berkata UPP menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg untuk menentukan hala tuju SUPP dan UPP pada Pilihanraya Umum (PRU14) akan datang.

    “Saranan untuk bersatu semula (dengan SUPP), kita serah kepada ketua menteri, proses rundingan tentang perkara ini dijalankan secara berterusan.

    “Tidak ada sasaran masa ditetapkan, kita dalam proses dan berharap ia (membuahkan hasil) positif,” katanya.

    Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap kedua-dua parti akan saling menyokong antara satu sama lain demi kemenangan Barisan Nasional (BN).

    “Walaupun pada hasratnya percantuman harus dilakukan tetapi yang penting ialah percantuman dari segi kerja-kerja untuk pilihan raya dan mereka harus saling menyokong.

    “Saya selaku timbalan pengerusi BN Pusat akan membantu ketua menteri dan presiden SUPP, bersama anak-anak buah saya turun padang untuk memastikan BN mendapat keputusan semaksimum mungkin pada PRU nanti,” katanya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Penyatuan UPP, SUPP Semakin Positif "