• Penyanyi Dihukum Penjara 6 Bulan, Hina Air Sungai Nil

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 2 March 2018
    A- A+

    Bintang pop Mesir, Sherine telah dihukum penjara enam bulan selepas didapati bersalah menyebarkan `berita palsu’ dengan bergurau bahawa air dari Sungai Nil boleh membuatkan orang sakit.

    Sherine yang merupakan salah seorang penyanyi terkenal dan menjadi juri The Voice untuk versi Arab, telah membuat kenyataan itu dalam satu konsert di Emiriah Arab Bersatu, setahun yang lalu.

    Media Mesir, Ahram melaporkan Sherine telah diperintah oleh mahkamah untuk membayar denda sebanyak RM1,100 iaitu tambahan kepada denda sebanyak RM2,162 yang dikenakan ke atasnya.

    Dia bagaimanapun akan kekal bebas sehingga rayuan dilakukan.

    Dalam konsert itu, Sherine telah mengulas mengenai kebersihan air Sungai Nil selepas ditanya oleh peminatnya mengenai lagu popularnya berjudul `Pernahkah Anda Minum Dari Nil?’.

    Penyanyi itu kemudian menjawab bahawa sungai itu boleh membawa kepada bilharzia, yang pernah menyebabkan pencemaran kepada sungai-sungai di Mesir.

    “Lebih baik minum Evian.’’ Kata Sherine yang merujuk kepada air mineral Perancis.

    Selepas membuat jenaka itu, Sherine telah mengemukakan permohonan maaf.

    “Saya memohon maaf atas apa yang saya lakukan….ia adalah jenaka yang teruk,” katanya dalam Facebooknya ketika itu. – Mynewshub.cc

    Subjects:

  • No Comment to " Penyanyi Dihukum Penjara 6 Bulan, Hina Air Sungai Nil "