• Penyanyi Bunuh Gadis, Sumbat Bawang Putih

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 7 March 2018
    A- A+


    SEORANG penyanyi pop di Vietnam, Nguyen Viet Cuong atau lebih dikenali dengan nama Chau Viet Cuong telah ditangkap selepas membunuh seorang gadis berusia 20 tahun dengan menyumbat bawang putih ke dalam tekaknya.

    Nyuyen, 40, ditangkap di Hanoi selepas polis menemui mayat gadis itu. Dia dikatakan membunuh gadis itu kerana percaya gadis berkenaan telah dirasuk syaitan.

    Polis menemui kira-kira 30 biji bawang putih dalam tekak mangsa.

    Dalam kejadian itu, Nyuyen bersama mangsa, Huyen, telah memasuki sebuah flat di pusat bandar Hanoi bersama dua yang lain, pada awal pagi Isnin lalu.

    Beberapa jam selepas itu, Nguyen dan mangsa percaya dia telah dirasuk lalu

    menyumbat bawang putih ke dalam mulut mangsa. Kejadian itu berlaku selepas mereka mengambil dadah yang menyebabkan halusinasi.

    Setakat ini Nguyen masih belum didakwa. -MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Penyanyi Bunuh Gadis, Sumbat Bawang Putih "