• Pengunjung Pantai Gempar Jumpa Mayat Reput Terdampar

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 12 March 2018
    A- A+


    LUNDU: Pengunjung Pantai Sungai Cina di sini, gempar apabila menemukan mayat reput terdampar di tepi pantai itu, petang semalam.

    Lebih mengerikan, mayat tanpa identiti itu ditemukan hanya mempunyai bahagian pinggang hingga kaki tanpa kepala.

    Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Wong Chee Keong berkata, mayat itu ditemukan oleh pasangan suami isteri yang kebetulan bersiar-siar di tepi pantai berkenaan pada pukul 5.35 petang.

    Beliau berkata, pada mulanya, pasangan terbabit menyangka objek yang dijumpai itu merupakan bangkai ikan.

    "Apabila didekati, mereka terkejut apabila mendapati objek tersebut merupakan mayat manusia yang sudah reput.

    "Pasangan suami isteri berkenaan kemudian menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi pagi ini.

    Chee Keong berkata, siasatan awal di tempat kejadian tidak menemukan sebarang petunjuk mengenai identiti mangsa.

    Katanya, mayat itu kemudian dibawa ke Hospital Lundu untuk tindakan lanjut dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut buat masa ini.- UTUSAN ONLINE
  • No Comment to " Pengunjung Pantai Gempar Jumpa Mayat Reput Terdampar "