• Pengumuman Calon 2 April Hanya Spekulasi

    Published: Thursday, 22 March 2018
    A- A+

    Pejabat Perdana Menteri menjelaskan laporan akhbar semalam bahawa pengumuman calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2 April ini, hanyalah spekulasi pihak media.

    "Pejabat Perdana Menteri ingin menjelaskan laporan akhbar hari ini bahawa pengumuman calon PRU-14 akan dibuat oleh Perdana Menteri pada 2 April ini hanya satu spekulasi pihak media," katanya dalam satu kenyataan media yang dimuat naik di laman Twitter dan FB PMO Malaysia.

    BH semalam melaporkan senarai lengkap calon Barisan Nasional (BN) dijangka diumumkan Najib pada 2 April ini iaitu lima hari sebelum melancarkan manifesto BN.

    Mengikut sumber, pengumuman itu mungkin diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang dijangka dihadiri semua 13 pemimpin kanan parti komponen BN.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Pengumuman Calon 2 April Hanya Spekulasi "