• Pengasas Toys 'R' Us Meninggal Dunia

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 23 March 2018
    A- A+

    PENGASAS rangkaian kedai permainan terkemuka Toys 'R' Us, Charles Lazarus meninggal dunia.

    Beliau meninggal pada pagi Khamis, dan berita tersebut disahkan oleh syarikat berkenaan.

    Lazarus menubuhkan syarikat Toys 'R' Us pada 1957, dengan mewujudkan 'pasar raya untuk permainan' pertama di dunia.

    Rangkaiannya kini berkembang ke lebih 1,600 kedai Toys 'R' Us and Babies 'R' Us di 38 negara di seluruh dunia.

    Lazarus meninggal dunia seminggu selepas pengumuman untuk menutup semua cawangannya di Amerika Syarikat (AS) berikutan masalah kewangan. - Mirror UK/mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Pengasas Toys 'R' Us Meninggal Dunia "