• Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perlis ditahan SPRM

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 27 March 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis hari ini telah menahan seorang Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perlis kerana terlibat dalam salah guna kuasa dan rasuah sebanyak RM9,600.

    Suspek berusia 44 tahun yang juga merupakan seorang doktor itu telah menyalahgunakan kedudukannya dengan meluluskan lesen ‘Perladangan Unggas dan Aktiviti Lain’ atas nama dua syarikat yang dikatakan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.

    Menurut sumber, pengarah tersebut telah menerima suapan dengan menduduki rumah sewa milik pemilik syarikat tersebut tanpa membayar duit sewa sejak November 2016 hingga November 2017.

    “Turut ditangkap bagi membantu siasatan adalah pemilik syarikat itu yang berusia 39 tahun.

    “Kedua-dua suspek telah ditahan di SPRM Perlis ketika dipanggil bagi membantu siasatan kira-kira pukul 1 petang hari ini,” kata sumber berkenaan ketika dihubungi hari ini.

    Pengarah SPRM Perlis, Mohd. Shukor Mahmud mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 16(b) (B) Akta SPRM 2009. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perlis ditahan SPRM "