• Pengantin Guna Helikopter Polis

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 1 March 2018
    A- A+


    MEDAN - INDONESIA . Sebuah video memaparkan sepasang pengantin baharu turun dari helikopter polis di Sumatera Utara menimbulkan kemarahan orang ramai.

    Video tersebut dirakam di kawasan mendarat Pematang Siantar baru-baru ini dan ia telah tular di media sosial.

    Rata-rata netizen mengecam tindakan kedua mempelai berkenaan dan mendakwa polis Sumatera Utara menggunakan asetnya untuk kepentingan peribadi.

    Menerusi rakaman video berdurasi lebih seminit itu, pasangan terbabit dilihat turun dari helikopter tersebut sebelum berjalan di atas hamparan karpet merah.

    Sementara itu, Ketua Polis Sumatera Utara, Jeneral Paulus Waterpauw menafikan helikopternya digunakan sebagai kenderaan pengantin.

    Beliau sebaliknya menjelaskan, pasangan itu sekadar membuat gimik kerana secara kebetulan helikopter berkenaan mendarat di kawasan tersebut.

    "Maklumat yang saya terima, pasangan itu secara kebetulan berada di sana.

    "Apa pun, kami tetap membentuk satu pasukan bagi menyiasat dakwaan ini," katanya.

    - Tribunnews

    Subjects:

  • No Comment to " Pengantin Guna Helikopter Polis "