• Penduduk Luar Bandar Bakal Nikmati Bekalan Elektrik 100 Peratus Menjelang 2025

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 2 March 2018
    A- A+


    Kerajaan negeri akan memastikan penduduk di kawasan luar bandar menikmati bekalan elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2025 akan datang.

    Menteri Utiliti Awam Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, pada ketika ini sebanyak RM1.34 bilion telah diluluskan untuk tempoh 2016 hingga 2020 dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

    Bagaimanapun, sebanyak , RM6.7 bilion lagi diperlukan untuk memastikan semua rakyat Sarawak mempunyai akses 24 jam bekalan elektrik termasuk di kawasan luar bandar.

    Jelas Rundi, Sarawak kini telah mencapai liputan elektrik 24 jam bagi kira-kira 90 peratus penduduk luar Bandar dan masih ada kira-kira 30,000 isi rumah atau 10 peratus lagi masih tidak mendapat bekalan elektrik 24 jam.

    “Walaupun demikian, kerajaan negeri berusaha memastikan semua rakyat, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman, mempunyai bekalan elektrik 24 jam,” katanya.

    Menjelas lanjut, Rundi turut mendedahkan usaha membekalkan elektrik di seluruh Sarawak terutamanya 45 peratus melibatkan penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar di kawasan berbukit-bukau dan terpencil, adalah satu tugas yang begitu mencabar.-Sarawakiana
  • No Comment to " Penduduk Luar Bandar Bakal Nikmati Bekalan Elektrik 100 Peratus Menjelang 2025 "