• Pendidikan Alam Sekitar Wajar Jadi Sukatan Pelajaran Di Sekolah - Wan Junaidi

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 26 March 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mencadangkan supaya sukatan pelajaran pendidikan alam sekitar dimasukkan di peringkat sekolah agar generasi masa hadapan tidak akan mengamalkan tabiat untuk membuang sampah merata-rata.

    Menterinya Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata penting untuk menyemai sikap sedemikian di dalam diri kanak-kanak di peringkat sekolah.

    "Apabila sukatan pelajaran ini diadakan di sekolah, saya percaya dalam masa lima hingga 10 tahun nanti, kita akan mempunyai generasi yang sedar dengan kepentingan alam sekitar.

    "Jadi, perundangan sahaja tidak mencukupi. Saya percaya ini merupakan langkah terbaik," kata Wan Junaidi.

    Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN - Putatan) mengenai tabiat pembuangan sampah yang merisaukan dalam kalangan rakyat Malaysia. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Pendidikan Alam Sekitar Wajar Jadi Sukatan Pelajaran Di Sekolah - Wan Junaidi "