• Pembangunan Sarikei Dipergiat Jika BN Menang

    Published: Monday, 5 March 2018
    A- A+

    KUCHING : Barisan Nasional (BN) sentiasa merencana dan merangka pembangunan berteraskan rakyat untuk Parlimen Sarikei yang ketika ini masih ketinggalan terutama pembangunan yang memerlukan peruntukan daripada kerajaan pusat.

    Setiausaha Politik Ketua Menteri Teng Ung Woo berkata, hanya BN mempunyai pelan perancangan pembangunan yang menyeluruh untuk Sarikei dan pada masa sama memberi kemudahan serta impak tinggi terhadap rakyat kawasan.

    “Perancangan dan penambahbaikan jalan ke Sarikei dan kawasan persekitaran seperti Sibu, Tanjung Manis, Betong dan sebagainya.

    “Turut dirangka ialah penyambungan dari Lebuhraya Pan Borneo ke Bandar Sarikei dan Bintangor serta jalan kampung dan bandar sekaligus menaiktaraf jalan utama dalam bandar,” katanya.

    Jelas Teng, banyak lagi perkara yang melibatkan pembangunan asas perlu dilaksanakan di Sarikei agar rakyat terus menikmati faedah seperti apa yang terdapat di parlimen lain.

    “Menaiktaraf sistem bekalan air besih ke luar bandar ke penempatan rakyat seperti kampung-kampung dan rumah panjang yang belum menikmati bekalan sepenuhnya dan lebih efektif serta kurang gangguan bekalan ke bandar.

    “Kemudahan fasiliti sukan dan pusat rekreasi bertaraf tempatan dan luar negeri yang mampu memberi keselesaan serta menjadi tarikan penganjur sukan luar untuk mengadakan acara sukan di Sarikei dan acara sukan lebih kerap dianjurkan,” ujarnya.

    Tambahnya lagi, pembangunan dan kemudahan pendidikan dipertingkan untuk memastikan program pendidikan dan taraf kesedaran masyarakat lebih kerap dilaksanakan.

    “Penambahbaikan kemudahan dan kebajikan kakitangan kerajaan seperti polis , cikgu, penjawat awan lain.

    “Turut diberi keutamaan ialah menaiktarafan sistem dan kemudahan keselamatan rakyat Sarikei dan semua dapat direalisasikan jika BN menang pada Pilihanraya Umum ke14 nanti,” tambahnya lagi.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Pembangunan Sarikei Dipergiat Jika BN Menang "