• Pembangkang Tidak Berani Buat Jualan Sentuhan Rakyat

    Published: Monday, 19 March 2018
    A- A+

    Kos sara hidup sering dijadikan isu politik oleh pihak pembangkang untuk meraih sokongan rakyat. Malah pembangkang suatu ketika dahulu mengheret rakyat ke demonstrasi jalanan yang di namakan BERSIH yang turut memuatkan isu kos sara hidup sebagai salah satu agenda perhimpunan .

    Alasan kukuh meraka ialah disebabkan harga minyak maka harga barang meningkat tetapi bila harga minyak jatuh pembangkang tidak pula bertindak menurunkan harga barang.

    Buktinya dua negeri yang dikuasai pembangkang turut merasai penurunan harga minyak tetapi tidak pula harga barang turun.

    Tetapi, Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14), pembangkang masih lagi mengekalkan isu kos sara hidup sebagai modal politik meraih sokongan rakyat walhal isu tersebut sudah lama digunakan.

    Yang peliknya, pembangkang lantang menyuarakan isu tersebut tetapi tidak pernah bertindak untuk menanganinya.

    Jika pembangkang beralasan belum menjadi kerajaan untuk bertindak, kenapa Selangor dan Pulau Pinang yang ditadbir pembangkang, tiada tindakan untuk membantu rakyat dalam isu tersebut.

    Malah kerajaan Selangor dan Pulau Pinang terus membebani rakyat dengan menaikkan pelbagai cukai dan caj yang tidak sepatutnya.

    Walaupun Kerajaan Barisan Nasional (BN) dihentam dan dikecam oleh pembangkang dengan isu kos hidup, BN terus berusaha mencari mekanisma mengurangkang kos sara hidup.

    Kerajaan terus memberi subsidi kepada pendidikan, kesihatan dan sebagainya dengan hanya bayaran kos paling minimum untuk rakyat.

     Bukan setakat itu sahaja, banyak lagi barang keperluan asas dikecualikan daripada GST.

    Kedai Rakyat 1Malaysia diwujudkan berhampiran kawasan rakyat dan memudahkan rakyat berbelanja dengan harga murah serta berhampiran dengan kediaman rakyat. 

    Yang paling menarik ialah, Kerajaan BN mengadakan program jualan sentuhan rakyat yang menawarkan harga barang keperluan dengan harga paling rendah dari pasaran.

    Walaupun ia tidak di adakan setiap hari, namun ia memberi impak positif terhadap kos hidup rakyat.

    Pembangkang hanya tahu mengheret rakyat dengan isu tersebut tetapi tiada tindakan yang proaktif bagi menangani isu terbabit. Malah pembangkang tidak terfikir untuk mengadakan jualan sentuhan rakyat sepertimana BN lakukan pada masa kini.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Pembangkang Tidak Berani Buat Jualan Sentuhan Rakyat "