• Pembangkang Senyap Bila Ringgit Semakin kukuh

    Published: Monday, 19 March 2018
    A- A+

    Bila ringgit mencecah RM 4 ke atas beberapa bulan yang lepas, pembangkang heboh dan kecoh memburukkan pentadbiran kerajaaan Barisan Nasonal (BN) dengan pelbagai dakwaan negatif yang tidak berasas.

    Yang paling tular adalah dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyebabkan negara bakraplah, Najib jual negaralah dan bermacam-macam lagi dakwaan yang tidak masuk akal.

    Walaupun kerajaan diserang dengan pelbagai dakwaan, Najib meneruskan dasar yang tidak popular, tetapi begitu jelas berimpak positif terhadap perkembangan ekonomi negara.

    Pertambahan jumlah pelaburan semakin ketara. Hasil kerja keras kerajaan BN, ringgit pula semakin kukuh dan kini mencecah RM3.90 berbanding dolar Amerika.

    Malah Najib begitu yakin ringgit akan mengukuh kepada RM 3.80 tidak lama lagi. Terbukti dasar yang dilaksana kerajaan begitu berkesan menggembangkan ekonomi dan berjaya memulih kedudukan ringgit kepada tahap lebih kukuh.

    Pada masa ini, suara pembangkang yang mengkritik ringgit begitu hebat sebelum ini terus tenggelam tanpa kritikan yang boleh mempopularkan pembangkang lagi.

    Ini bermakna apa yang dibangkitkan pembangkang sebelum ini hanya menghangatkan suasana untuk mempopularkan pembangkang sebagai senjata meraih sokongan. 

    Tetapi impaknya terus menenggelamkan pembangkang apabila kerajaan bertindak rasional memulih ekonomi dan kedudukan Ringgit Malaysia.

    Subjects:

  • No Comment to " Pembangkang Senyap Bila Ringgit Semakin kukuh "