• Pembangkang Semakin Bankrap Isu

    Published: Wednesday, 21 March 2018
    A- A+


    Ketika Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) semakin hampir, pembangkang semakin terdesak membangkitkan isu untuk mengelirukan rakyat.

    Sukar bagi pembangkang untuk meyakinkan rakyat sejak akhir-akhir ini tetapi sekurang-kurangnya mereka akan mengelirukan minda rakyat dengan memutar belitkan isu terutama sekali yang berkaitan 1MDB.

    Hal berkaitan 1MDB dijadikan isu politik utama pembangkang walaupun terpaksa dikitar semula dan ditokok tambah dengan bahan yang tiada asas.

    Pihak 1MDB sudah memberi penerangan kepada umum dengan jawapan kukuh bagi mempertikai dakwaan pembangkang terhadap 1MDB sebelum ini. Namun pembangkang terus membangkitkan 1MDB sebagai modal politik sehingga melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai fokus utama yang mempunyai agenda menjatuhkan Najib.

    Hal tersebut menyababkan ahli PAC yang turut disertai pembangkang membuat kaji selidik . Timbalan PAC Tan Seng Giaw mengumumkan segala hasil kaji selidik PAC menyatakan Najib tidak terlibat langsung.

    Justeru pembangkang menyedari yang mereka tidak mempunyai modal untuk kaitkan Najib tetapi pembangkang muncul dengan dakwaan dengan menyatakan 1MDB telah memasukkan sejumlah RM2.6 bilion ke akaun pribadi Najib.

    Dakwaan tersebut merupakan idea terdesak pembangkang yang sudah kehabisan modal politik dan bankrap isu nak dibangkit.

    Terpanggil menjawab dakwaan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda membidas dengan menyatakan 1MDB tidak pernah memasukkan sesen pun ke akaun Najib.

    Jelas Arul, walaupun Najib memegang jawatan dalam 1MDB, tetapi beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. Najib hanya berperanan menjadi penasihat kepada 1MDB. Pasal RM2.6 bilion derma daripada kerabat diraja Arab Saudi, ia sudah dijelaskan sedalam-dalamnya dan perkara tersebut telah disah dan diakui Menteri Luar Arab Saudi.

    Jelas sekali pembangkang sudah bankrap isu untuk dipolitikkan pada PRU14 kerana semua dakwaan pembangkang sudah terjawab. Nampak gayanya pembangkang akan menyerang dengan isu kitar semula kembali dan berkemungkinan akan mengolah isu sama kepada versi baru supaya rakyat akan keliru.

    Subjects:

  • No Comment to " Pembangkang Semakin Bankrap Isu "